JADUAL KEHADIRAN PENULIS PADA PESTA BUKU ALAF 21
Sabtu - Aisya Sofea, Ramlee Awang Murshid, Bikash Nur Idris, Wana Amani
DIKALA JARI MENARI, IDEA DATANG DAN PERGI, KASIH SAYANG TAUTAN HATI, PENGUBAT RINDU DIKALA SEPI...
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 3:02 PM 0 sedang di perkatakan
Kumpulan : novelis

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti berikut:
| Masa | Acara | Catatan |
| 11.00 am ~ 1.30 pm | Sesi tandatangan | 1. Imaen 2. Nazurah Aishah 3. Noor Suraya 4. Syud |
| 2.00 pm ~ 3.30 pm | Bengkel Menulis Novel Kanak-kanak * sila daftarkan nama di info@jemariseni.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it | Fasilitator: 1. Noor Suraya (Munsyi Dewan Bahasa) 2. Mohd Rosdi (Editor Kanan, Siri Adiwarna) |
| 5.00 pm ~ 6.30 pm | Resensi Buku oleh Mohamad HM (Munsyi Dewan Bahasa) IPGM, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka | Novel: 1. Rahsia Hati Sofia - Nazurah Aishah 2. Pelangi - Syud |
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 12:03 PM 2 sedang di perkatakan
Kumpulan : pesta
Manusia selagi bergelar manusia
selagi itulah hasad dengki ada
selagi mata celik
selagi itulah segala umpatan dan fitnah di tabur-taburkan
seperti bunga rampai atau beras kuning
hai!! manusia... manusia...
tapi bila tertutupnya mata
terkambuslah diri di dalam tanah
maka segala hasad dengki tidak ada lagi
begitulah seterusnya kitaran kehidupan manusia
selagi jasad dikandung badan
dan selagi jasad tidak bercerai dari badan
yang tidak pernah sunyi dengan HASAD DENGKI
notajarigebu :- spontan di kala hati dilanda ribut huhuhu
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 3:12 PM 2 sedang di perkatakan
Kumpulan : nukilan
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 3:00 PM 0 sedang di perkatakan
Kumpulan : pesta
'Kemana lagi hendak kau bawa hatiku ini?'
Kali ni aku xde mood nak ulas panjang-panjang.
Senang cerita korang pergilah beli novel ni. Memang berbaloi.
Novel ni mengisahkan tentang benci yang bertukar menjadi rindu dan cinta.


Sambutlah Cintaku
Penulis :- Bikash Nur Idris
Harga :- RM 11.00
Terbitan :- Alaf21
Sinop :-
Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.
Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.
Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.
Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 11:45 AM 2 sedang di perkatakan
Kumpulan : ulasan novel
Ekspo Buku Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan
anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
di Putrajaya pada 22-23 Oktober 2009
(9 pagi – 6 petang)
bertempat di Dewan Melati Perbadanan Putrajaya
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 2:33 PM 0 sedang di perkatakan
Kumpulan : pesta
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 10:38 AM 0 sedang di perkatakan
Kumpulan : pesta
'Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya'
Persahabatan yang terjalin diantara Rina dan Hazry memang cukup rapat. Sehingga persahabatan mereka disalah ertikan.
Selain dari Hazry, Rina juga berkawan dengan Wan Azfarel di alam maya. Wan Azfarel sudah jatuh hati pada Rina, dan tanpa diduga sewaktu mereka berjumpa Rina juga telah jatuh hati pada Wan Azfarel ngehngehngeh...
Pada suatu hari jeng...jeng...jeng... hehehe... cam suspen jew.
Sewaktu Hazry down kerana kematian ayahnya. Dia telah mencari Rina untuk melepaskan segala kekusutannya. Sebagai sahabat baik Rina berasa dia harus mengambil tahu. Dan tanpa diduga sewaktu Rina ke rumah Hazry dia tidak mengetahui yang Hazry telah mengambil pil 'E'. Dan tanpa diduga Hazry telah meperkosa Rina huhuhu.
Apabila Hazry mengetahui dirinya telah merosakkan Rina tanpa disengajakan [mudahnya] dia membawa diri ke luar negeri. Dan membiarkan Rina terkontang kanting tanpa pembelaan diri.
Tapi tu la. Tuhan Lebih Tahu. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Walauapapun yang telah berlaku ke atas dirinya, Wan Azfarel sanggup menerima Rina dengan seadanya.
Banyak rintangan yang dilalui sewaktu mereka menjadi suami isteri.
Nak tahu selebihnya korang belilah novel dia. Aku tak nak komen panjang-panjang, nanti aku geram dengan penulis lak. Suka buat novel kasik aku geram gggrrrr...


Tuhan Lebih Tahu
Penulis :- Nora Ismail
Harga :- RM 23.90
Terbitan :- NB Kara
Sinop :-
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yg datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yg memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yg cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dgn Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dlm hidup bagaimana kita mencaturnya....
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 11:35 AM 0 sedang di perkatakan
Kumpulan : ulasan novel
'Hadirlah di depan mataku
usah bersembunyi di sebalik memori'
Adi? Adila? dua watak yang sama. Mempunyai perwatakkan lelaki, serba serba cara berpakai seperti orang lelaki. Tapi masih lagi mengenali diri yang dirinya adalah seorang wanita.
Dibesarkan oleh ayah dengan kasih sayang yang sangat cukup. Walaupun serba serbi kekurangan, dia masih dapat merasai nikmat kasih sayang seorang ibu.
Dalam perwatakkan seperti begitu masih ada yang menaruh hati kepada Adila. Sungguh tidak diduga hatinya juga mahu memilik cinta. Dan akhirnya dia memperolehi. Tapi sayang seribu kali sayang, tunangnya hilang.
Dalam menunggu kepulangan tunangnya itu tanpa diduga rakan tunangnya sendiri telah jatuh hati pada Adila. Bermacam segala perkara berlaku ke atasnya. Di hina di caci. Geram aku dengan orang sekeliling. Asal boleh berbicara je. Tanpa di duga Adila menerima pinangan Najwan kerana ingin membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang dituduh. huhuhu... sian Adila.
Banyak yang ditempuhi sewaktu dia menjadi isteri Najwan. Namun ada hikmah disebalik perkahwinan mereka itu, kerana dia telah ditemuikan kembali dengan tunang lamanya iaitu Naim. Tapi sayang ingatan Naim tidak seperti dahulu. Ingatan Naim pada Adila langsung tidak dapat diingati. Dengan tanpa rasa putus asa Adila berusaha untuk mengembalikan memori diantara dia dan Naim. Siap dibuat kerja giler dia yang lama. Di pakainya baju lelaki dan terus pergi panjat pokok. hehehe... penghabisan dia pula yang tak reti nak turun dari pokok kelapa tersebut hahaha.
Aku suka jalan cerita dalam novel ni. Sekejap aku ketawa sekejap aku rasa sedih. Memang berbolak-balik perasaan aku masa membaca. Tapi aku paling suka part masa Adila memanjat pokok. Berair-air mata aku ketawa. Cuba korang bayangkan anak dara panjat pokok kelapa. Aku dulu pun paling koman panjat pokok jambu jew. Itu pun rendah je. Ni kan pula pokok kelapa yang tinggi meranjau tu hehehe




Tika Berlagu Rindu
Penulis :- Lily Suriani
Harga :- RM 19.90
Terbitan :- Alaf21
Sinop :-
Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru.
Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba.
Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 10:59 AM 0 sedang di perkatakan
Kumpulan : ulasan novel
Di Karyakan Oleh Nursuzry pada 6:40 PM 8 sedang di perkatakan
Kumpulan : drama, majalah arnimasi
© Blogger Template by SEGALANYA MUNGKIN 2009
Back to TOP