ULASAN - PAPADOM
Bertapa pentingnya keluarga dalam hidup kita. Tanpa mereka mampukah kita melaksanakan tanggungjawab?
Nak tahu jawapannya silalah tengok PAPAdom.
Aku suke!!!




Sinop :-
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.


4 sedang di perkatakan:
tak tengok lagi la..
Salam Su..
dh tgk citer nih..sangat best..gelak sakan..tp bla tb part sedih, touching jgk la..
eh Su, napa ek sy xleh nk taip dkt box chat tu?huhuhu
zia - g beli dvd dia. rugi x tgk.
sweetrose maria - salam rose. wa... lama x nampak ko kat sini hehehe. btul tu aku pun terikut klu sedih aku sedih, klu kelakar gelak abis.
oh! pasal chat box tu istimewa skit. klu ko nak taip kat situ ko kena klik belah kanan dulu. baru leh taip kat situ. klu ko taip belah kiri cam biasa dia block ko utk menaip. ni semua pasal aku letak code block org copy paste n3 la ni.
eerr... ko paham x maksud aku.
kau beli dvd pirate yer he he
Catat Ulasan